02 February 2025, Sunday
Format Perlawanan Acara Regu:
- Pasukan berada di Medan yang telah ditentukan.
- Satu Gelanggang akan terdiri dari 2 tempur.
- Pemanah hanya dibenarkan menggunakan 6 batang anak panah bagi setiap tempur.
- Setiap tempur diadakan selama 30 saat.
- Gaya/Kekuda (stance) memanah adalah bebas.
- Timbal Balik akan dijalankan melalui 1 tempur tambahan (rubber set) bagi menentukan pemenang Gelanggang sekiranya terdapat keputusan seri selepas dua Tempur.
- Pemenang akan ditentukan berdasarkan Carta Keutamaan Menentukan Pemenang seperti dalam Jadual berikut;
Pertama | 6 anak panah terdahulu mengenai Sasaran |
Kedua | 5 anak panah terdahulu mengenai Sasaran |
Ketiga | 4 anak panah terdahulu mengenai Sasaran |
Keempat | Bilangan anak panah yang paling banyak dibidik |
Kelima | Kesemua anak panah habis dibidik terlebih dahulu dan haruslah melepasi kawasan sasaran |
Sila Rujuk Buku Peraturan PANKAS yang terkini